Tuesday, November 18, 2014

6 JENIS WANITA


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau 
kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”


Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. 


Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. 


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada 
                          anaknya dari suami yang lain. 


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki 
                          barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. 


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika 
                         makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. 

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...